Keusahawanan
Syarikat San Enterprise (Kedai Input Pertanian Dan Agen Jualan Peladang)


Puan Cassandra merupakan ibu kepada 5 orang anak dan menetap di Pekan Baru Botition bersama keluarganya. Dia mengusahakan Syarikat San Enterprise (Kedai Input Pertanian dan agen jualan Peladang) sejak November 2016. Puan Cassandra mengalami kesukaran untuk merekodkan aktiviti perniagaan beliau. Selain itu, syarikat Puan Cassandra tidak mempunyai logo sendiri.
Setelah terlibat beberapa kali dengan aktiviti dan latihan di Pusat Internet, Puan Cassandra telah mencipta logo syarikat beliau menggunakan Adobe Photoshop.Malah, Puan Cassandra telah mula merekodkan aktiviti perniagaan beliau menggunakan Microsoft Excel. Puan Cassandra juga telah belajar menghasilkan flyers perniagaan menggunakan Microsoft Publisher. Sebarang tempahan boleh dilakukan melalui Facebook Page syarikat beliau iaitu Syarikat San Enterprise atau melalui talian 012-834 8551.
Pengusaha Gerai Makanan Dan Minuman

Puan Fatimah merupakan seorang usahawan kecil-kecilan yang mempunyai 4 orang anak. Sebelum mempunyai premis sendiri, beliau hanya menumpang gerai jualan milik salah seorang ahli keluarganya. Setelah mempunyai premis sendiri, Puan Fatimah mula memandang serius tentang perniagaannya. Sebelum penglibatan PI, orang ramai yang singgah makan/berehat di Kampung Botition tidak mengetahui kewujudan dan lokasi premis perniagaan beliau.
Orang ramai mula mengetahui lokasi premis perniagaan Puan Fatimah setelah PI membantu mempromosikan perniagaan beliau di laman sosial. Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan adalah Nasi Kuning Perasa Pandan yang dibuat sendiri oleh Puan Fatimah. Melalui kewujudan PI, Puan Fatimah telah mengetahui sedikit sebanyak mengenai usaha mempromosikan perniagaan menggunakan aplikasi atas talian seperti Facebook dan Whatsapp. Puan Fatimah boleh dihubungi di talian 014-637 3502 untuk sebarang tempahan.
Jualan Sahajidah Hai-O Marketing

Puan Evy Mellyanie berumur 27 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki. Beliau telah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan dan menjadi ahli pengedar rasmi Sahajidah Hai-O Marketing sebelum bertugas sebagai penolong pengurus di PI Botition. Sebagai Penolong Pengurus, Puan Evy Mellyanie turut terlibat di dalam mengadakan kelas keusahawan. Selain daripada mengajar, beliau turut berpeluang berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat dengan para peserta. Kini, Kemahiran berkomunikasi terutama dari segi pemasaran Puan Evy Mellyanie semakin meningkat serta lingkungan pelanggan beliau semakin bertambah. Puan Evy boleh dihubungi di talian 012-841 2186 untuk sebarang tempahan.
Kedai Runcit Yassin


Kedai Runcit Yassin yang dimiliki oleh Puan Dalina merupakan kedai yang menjual barang makanan keperluan harian seperti mee kuning, kicap, beras dan lain-lain lagi. Sejak awal penubuhan Pusat Internet Botition, Puan Dalina dan suaminya sering ke Pusat Internet Botition untuk meminta bantuan daripada staff PI untuk membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan kedai mereka seperti menghantar email dan mencetak dokumen-dokumen perniagaan. Kini Puan Dalina telah mula pandai menghantar dokumen perniagaannya menggunakan telefon bimbit. Dia juga telah mengikuti kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh PI Botition pada tahun 2018.
Botition Motor

Botition Motor terletak di Plaza DJR Lot 66-06,Kampung Botition Beluran. Selain daripada menyediakan perkhidmatan membaiki motor, kedai ini turut menjual aksesori dan peralatan motosikal.
Eklesia Saloon and Beauty Treatment

Eklesia Saloon & Beauty Treatment merupakan perkhidmatan salon bergerak yang diasaskan oleh Cik Eklesia. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh beliau adalah seperti mendandan dan mewarna rambut, Manicure dan Pedicure, Eyebrow Trimming dan sebagainya. Cik Eklesia boleh dihubungi melalui telefon 0146160593. Termasuk juga didalam kategori ini segala bentuk pekerjaan (perikanan, perladangan, pertanian, kedai runcit, bengkel, hasil kraf, etc) yang di usahakan oleh penduduk setempat. Sertakan sekali no telefon dan alamat agar pengguna yang berminat boleh membuat tempahan.
Kedai Kesana Botition

Kedai Kesana Botition beroperasi pada bulan Ogos 2018 yang lalu. Kedai Kesana menjual pelbagai jenis pakaian termasuklah pakaian dewasa, kanak-kanak dan bayi, pakaian sukan, beg tangan, kasut dan pelbagai jenis lagi dengan harga yang murah.


Kedai ini beroperasi setiap hari bermula pukul 9.00 pagi sehingga pukul 8.00 malam. Apa yang menariknya ialah Kedai Kesana ini sentiasa mengikut perkembangan waktu dan menjual pelbagai pilihan barangan semasa musim perayaan mengikut jenis perayaan yang berlangsung. Selain itu, uniform sekolah dan unit-unit beruniform juga boleh ditemui di kedai ini.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Sambal Lauk Spicy Pn. Suria
Puan Suria menjual pelbagai jenis Sambal Lauk Spicy. Sambal Puan Suria dinamakan Sambal Lauk kerana sambal yang dibuat oleh Puan Suria selain menjadi sambal penambah selera, ia juga boleh dijadikan lauk sampingan. Buat masa ini, Puan Suria mengusahakan perniagaan beliau dari rumah sahaja. Kepada yang berminat untuk membeli Sambal Lauk Puan Suria, boleh berhubung dengan Puan Suria melalui Facebook Suria Sahi atau boleh juga telefon atau Whatsapp nombor yang tertera dalam gambar.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
AA SHMILY Printing
AA SHMILY Printing merupakan satu perniagaan jenis percetakan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti Mencetak, fotostat, mengimbas, menaip, emailing, cetak gambar, laminate; edit gambar, serta cetak gambar ukuran passport atau lesen. Selain itu, AA SHMILY PRINTING juga menyediakan perkhidmatan menjual alat tulis dan pelbagai jenis kertas. Perniagaan percetakan ini dijalankan di rumah peniaga sahaja kerana peniaga tidak mempunyai premis sendiri. Memandangkan perniagaan ini dijalankan di rumah, masa perniagaan tidak terhad dan terbuka untuk 24 jam. Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi nombor yang tertera dalam gambar.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Suriati Pre-Love Clothings
Puan Suriati Binti Kaminjau merupakan ibu yang bekerjaya dan mempunyai pendapatan tetap. Pn suriati menjual pelbagai pakaian mengikut peringkat umur, tudung,kasut dan banyak lagi sebagai pendapatan sampingan disamping pada waktu persekolahan bekerja sebagai seorang guru Humana. Sebelum penglibatan Pusat Internet Botition, Puan Suriati hanya berniaga di gerai Kampung Cenderamata pada waktu hujung minggu sahaja. Disebabkan komitmen kerja dan sebagai seorang isteri yang perlu mengurus keperluan rumahtangganya Puan Suriati jarang dapat membuka gerai pakaian beliau.
Selepas penggunaan ICT, pelanggan Puan Suriati bertambah dengan adanya iklan di media social. Puan Suriati semakin rajin mempromosi perniagaan beliau melalui media social seperti Facebook dan Whatsapp. Beliau dapat meninggkatkan jualan bukan sahaja dari kawasan Kampung Cenderamata dankampung-kampung yang berdekatan,tetapi juga dari kawasan Estate berdekatan yang mempunyaipenduduk yang ramaiseperti IOI Pamol, IOI Bayok, IOI Maliau, Ldg Jatimas dan Estate Arus Sawit. Bagi yang berminat untuk membeli. Bagi yang berminat untuk membeli barang-barang pre-love jualan Puan Suriati, bolehlah whatsapp, sms atau call beliau di nombor 019-869 0609.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Noorshafika bt Makri_Agent Ainun Beauty
Cik Noorshafikah Binti Makri merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik. Beliau juga tidak bekerja dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan tidak mempunyai sijil pelajaran. Cik Noorshafikah menjadi Agent Ainun Beauty sebagai pendapatan sampingan beliau untuk membantu dalam kehidupan seharian beliau dan keluarga. Selain itu, menurut Cik Noorshafikah, disamping mencari pendapatan sampingan tujuan utama beliau adalah untuk menimba seberapa banyak ilmu dalam bidang pemasaran dari pihak Ainun Beauty supaya boleh dijadikan asas apabila mendapat pekerjaan tetap kelak. Sebelum penglibatan Pusat Internet Botition, Cik Noorshafikah hanya menjual secara (Direct Selling) kepada jiran tetangga dan keluarga terdekat sahaja.
Ini kerana beliau belum cukup pendedahan bagaimana berinteraksi selain daripada orang yang dikenali. Selepas penggunaan ICT, pengguna bertambah dengan adanya iklan di media social. Cik Noorshafikah juga semakin rajin mempromosikan perniagaan beliau melalui media social seperti Facebook dan Whatsapp. Beliau menerima pengguna bukan sahaja dari kawasan kampung Botition dan kampung-kampung berdekatan juga dari kawasan Bandar Sandakan,Kota Kinabalu malah Semenanjung Malaysia. Untuk membeli barangan kecantikan Ainun Beauty, boleh menghubungi Cik Noorshafikah di talian 01131505570.
Mirema Homemade Cakes


Puan Elma Binti Sisal atau lebih mesra dipanggil Kak Ema merupakan surirumah sepenuh masa dan ibu kepada tiga orang puteri. Kak Ema dan keluarganya menetap di Pekan Baru Botition dan pembuatan Kek adalah minat beliau sejak dulu lagi. Sebelum memulakan perniagaan Kak Ema telah mengikuti pelbagai kursus di luar Botition terlebih dahulu dalam pembikinan kek dan roti untuk menimba ilmu dan kepakaran dalam bidang ini. Sebelum pengelibatan Pusat Internet Botition, Kak Ema hanya menjalankan perniagaan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat sahaja.
Selain itu Sebelum pengelibatan Pusat Internet Botition juga, menurut Kak Ema kini beliau suda mempunyai pelanggan tetap dan semaking meningkat dari hari ke hari. Kak Ema sudah mempunyai pelanggan tetap yang sentiasa menginginkan keenakan kek beliau. Disamping itu, tempahan Kak Ema juga menigkat setiap bulan terutamanya pada setiap kali sambutan hari lahir,hari ibu dan hari ayah, hari guru dan sebagainya. Menurut Kak Ema pada sambutan hari ibu bulan May yang lalu Kak Ema menerima tempahan pelbagai jenis kek dan beliau berjaya menyiapkan sebanyak 12 kek. Beliau menerima tempahan bukan sahaja dari kawasan kampung Botition dan kampung-kampung berdekatan juga dari kawasan Estate berdekatan. PI Botition juga membantu Kak Ema dalam pembikinan Video perniagaan beliau.
Pegusaha Kantin & Katering


Puan Ruzaini Binti Yong berasal dari Kg Botition bekerja sebagai pembantu Klinik yang mana mempunyai pendapatan tetap namun beliau juga ingin menambah pendapatan dengan mengusaha Kantin yang tidak jauh dari rumah beliau. Pn Ruzaini menyediakan pelbagai menu hidangan kepada pelajar dan guru-guru pada setiap isnin sehingga jumaat.Disamping itu, jika ada tempahan beliau juga menyediakan perkhidmatan catering mengikut majlis. Puan Ruzaini kurang mengetahui teknik-teknik pemasaran yang berkesan.
Selain itu, pengiklanan perniagaan di laman sosial turut terbatas kerana beliau terpaksa membahagikan masa dengan perniangaan dan kerja hakiki beliau. Pelanggan Puan Ruzaini semakin bertambah dan pengiklanan di laman sosial juga semakin kerap diiklankan. Selain itu, dengan adanya PI Botition Pn Ruzaini juga dapat meningkatkan kemahiran diri selepas menghadiri beberapa program anjuran PI Botition sendiri. Pn Ruzaini pernah mengikuti Kelas Kuliari Corn Dog Mozzarella menurut beliau, dengan program yang beliau hadiri dapat memberi idea untuk ditambah pada menu kantin beliau.