Berita & Aktiviti Terkini


Tarikh akhir kemaskini : 28 Oktober 2020


PENUTUPAN SEMENTARA PI : KAWALAN PENULARAN COVID 19

28 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet akan ditutup sementara waktu bagi membendung penularan wabak covid 19. Keputusan penutupan Pusat Internet ini adalah sejajar dengan Perintah Kawalan dibawah Akta Pencengahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Sebarang pertanyaan boleh di ajukan kepada Pengurus/Penolong Pengurus PI.



Siri micro:bite (Pelajaran 7 & 8)

10 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 09hb August 2020 bertempat di Pusat Internet Botition, telah diadakan bengkel Siri Mico;bit untuk kali ketiga. keseluruhan terdapat 10 pelajaran untuk siri Mico;bit yang boleh dipelajari bersama pelajar. Pelajaran 7, pelajar akan mengenali cara membina kura-kura yang boleh memaparkan bilangan nombor pada micro:bit apabila kura-kura...seterusnya



Siri micro:bite (Pelajaran 5 & 6)

18 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17hb Julai 2020 bertempat di Pusat Internet Botition, telah diadakan bengkel Siri Mico;bit untuk kali ketiga. keseluruhan terdapat 10 pelajaran untuk siri Mico;bit yang boleh dipelajari bersama pelajar. Pelajaran 5, pelajar akan mengenali cara membina belalai sang gajah yang bergerak. Manakala pelajaran 6,...seterusnya



Siri micro:bite (Pelajaran 3 & 4)

6 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 05hb Julai 2020 bertempat di Pusat Internet Botition, telah diadakan bengkel Siri Mico;bit untuk kali kedua. keseluruhan terdapat 10 pelajaran untuk siri Mico;bit yang boleh dipelajari bersama pelajar. Pelajaran 3, pelajar akan mengenali cara membina Projek baby Shark yang berbunyi. Manakala pelajaran 4 pelajar akan mengenali cara membina....seterusnya



Video pendek pertandingan membaca (Bawah 7 tahun)

1 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 07hb June 2020 sehingga 31hb june 2020 bertempat di media sosial Facebook Pusat Internet Botition telah diadakan Video pendek pertandingan membaca (Bawah 7 tahun). Pertandingan ini bertujuan mengeratkan ikatan kekeluargaan diwaktu Perintah kawalan pergerakan (PKP) antara ahli keluarga dan si kecil dan menyemai rasa cinta akan bahan bacaan seawal usia kanak-kanak lagi....seterusnya



Program Jom Cari Kerja (PenjanaKerjaya MyFutureJobs Untuk Penganggur & Graduan)

17 June 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16hb June 2020, bertempat di Pusat Internet Botition telah diadakan Kursus Program Jom Cari Kerja (PenjanaKerjaya MyFutureJobs Untuk Penganggur & Graduan). Program ini dijalankan secara atas talian disebebkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan Covid-19. Peserta dikehendaki melayari portal MYFuture Jobs.....seterusnya



Siri micro:bite (Pelajaran 1 & 2)

14 June 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13hb June 2020 bertempat di Pusat Internet Botition telah mengadakan bengkel Siri Mico;bite untuk kali pertamanya. Siri micro:bit adalah salah satu siri-siri yang disediakan dalam program Future Skills for All (FS4A). Siri ini selari dengan kehendak Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran untuk subjek Reka Bentuk & Teknologi Tahun 5....seterusnya



Kursus Pengendalian Makanan

9 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 08hb March 2020, bertempat di Pusat Internet Botition telah diadakan Kursus Pengendalian Makanan yang dikendalikan oleh IFTAH Training Center kerjasama Dewan Perniagaan Usahawan Sabah...seterusnya





Bengkel & Pelancaran Future Skills for All)

25 Febuari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Febuari 2020, staff Pusat internet Botition telah menghadiri Bengkel & Pelancaran Future Skills for All berlangsung di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sabah...seterusnya



Kursus Pengendalian Makanan

10 Febuari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 09hb Febuari 2020, bertempat di Pusat Internet Botition telah diadakan Kursus Pengendalian Makanan yang dikendalikan oleh IFTAH Training Center kerjasama Dewan Perniagaan Usahawan Sabah (DPU Sabah). Kursus ini bertujuan menggalakkan dan mengembangkan pengetahuan serta maklumat kebersihan dan keselamatan makanan melalui...seterusnya



Kelas Kulinari (Corn Dog Mozzarella & Potato Roll Corn Dog)

20 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 januari 2020, Pusat Internet Botition telah mengadakan Kelas Kulinari bertempat di Pusat Internet Botition sendiri. Kelas Kulinari ini dihadiri seramai 16 orang peserta dari kalangan pelajar, suri rumah dan golongan bekerja. Kelas ini bertujuan membantu memperkasa ekonomi dan kemahiran penduduk sekitar Pusat Internet Botition...seterusnya



Colouring Contest

19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18hb Januari 2020, Pusat Internet Botition telah mengadakan pertandingan mewarna kanak-kanak. Tujuan pertandingan mewarna ini diadakan adalah untuk meningkatkan daya tumpuan dan kreativiti kanak-kanak. Menurut Majalah Pa&Ma....seterusnya



SAIDINA Game Challenge

19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18hb Januari 2020, Pusat Internet Botition telah mengadakan pertandingan SAIDINA Game Challenge. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mendedahkan jenis permainan offline kepada kanak-kanak pada masa kini yang kerap bermainan permainan online di telepon atau computer. Selain itu, permainan ini juga bertujuan mengurangkan masa bermain....seterusnya



Bengkel Resume

13 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2020, Pusat Internet Botition telah mengadakan Bengkel Resume bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Botition. Bengkel ini hadiri oleh dua orang peserta yang sedang bekerja di Pejabat PPM Daerah Paitan. Bengkel ini bertujuan membantu peserta mengisi maklumat diri mengikut keperluan kekosongan kerja.....seterusnya



Bengkel 3D SketchUp

21 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20hb December 2019, Pusat Internet Botition telah mengadakan Bengkel 3D SketchUp bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Botition. Bengkel ini dihadiri olh 9 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah dari SK. Botition.....seterusnya



Kempen Derma Darah PI Botition

13 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12hb December 2019, Pusat Internet Botition telah mengadakan Kempen Derma Darah anjuran bersama Pusat Darah Hospital Beluran. Tujuan utama kempen ini dijalankan ialah bagi memberi kesedaran kepada komuniti .....seterusnya



Sukaneka PI Botition

8 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 07hb December 2019, Pusat Internet Botition telah mengadakan aktiviti sukaneka di halaman depan Pusat Internet Botition. Tujuan sukaneka ini diadakan adalah untuk menyokong inisiatif Kementerian Belia dan Sukan.....seterusnya



Kursus Asas Microsoft Words dan Excel

1 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30hb November 2019, Staff Pusat Internet Botition telah mengadakan Kursus Asas Microsoft Words dan Excel. Kursus ini bertujuan untuk membantu peserta memaksimumkan pengtahuan asas mereka tentang Microsoft Words dan Excel dengan mengenali fungsi-fungsi ikon pada Microsoft Words dan Excel dan bagaimana menggunakannya.....seterusnya



Kursus Pastri Bakar dan Kukus

29 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28hb November 2019, Staff Pusat Internet Botition telah mengadakan Kursus Pastri Bakar dan Kukus anjuran bersama Jabatan Pertanian Beluran. Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk membantu memperkasa ekonomi komuniti sekitar Pusat Internet dan ahli-ahli Pusat Internet dengan menyediakan platform untuk mempelajari ilmu.............seterusnya



Kelas ICT Microsoft Words & Excel (Volume II)

18 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17hb November 2019, Pusat Internet Botition telah mengadakan kelas ICT di Pusat Internet Botition. Seramai 6 orang pelajar yang terlibat menyertai kelas komputer ini. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar menggunakan aplikasi Microsoft words dan Excel dengan cara yang betul dan mudah, disamping mengisi masa lapang musim cuti sekolah mereka....seterusnya



Kelas ICT Microsoft Words & Excel (Volume 1)

11 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10hb November 2019, Pusat Internet Botition telah mengadakan kelas ICT di Pusat Internet Botition. Seramai 6 orang peserta yang menghadirkan diri ia itu empat pelajar dan dua orang kaum ibu telah terlibat menyertai kelas komputer ini. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu peserta menggunakan aplikasi Microsoft words dan Excel dengan cara yang betul dan mudah...seterusnya



Kursus Asas Animasi

1 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 31hb Oktober 2019, Staff Pusat Internet Botition telah menghadiri Kursus Asas Animasi di Pusat Internet Kampung Sungai Kayu. Kursus ini dihadiri oleh 6 orang staff daripada tiga (3) Pusat Internet..........seterusnya





3D SketchUP Training

7 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 06hb Oktober 2019, Pusat Internet Botition telah mengadakan training 3D SketchUp di Pusat Internet Botition. Seramai 6 orang pelajar telah terlibat menyertai latihan komputer ini. Tujuan latihan ini dijalankan adalah untuk memperkenal pelajar kepada satu bentuk pembelajaran baru yang diadakan di Pusat Internet Botition..........seterusnya





DIY Bubble Giant

23 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2019 lalu, Pusat Internet (PI) Botition telah mengadakan aktiviti DIY Bubble Giant di perkarangan hadapan PI Botition. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk mengaplikasikan penggunaan YouTube sebagai portal pembelajaran untuk belajar melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik pada masa lapang kanak-kanak. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan website Youtube yang positif kepada kanak-kanak...........seterusnya



Open Day Pusat Internet Botition

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2019 yang lalu bersamaan dengan hari Sabtu, Pusat Internet Botition telah mengadakan sambutan Hari Terbuka bagi tahun 2019. Hari terbuka ini merupakan program yang dijalankan oleh Pusat Internet Malaysia untuk mempromosikan Pusat Internet Botition kepada masyarakat setempat khususnya di Zon Botition...........seterusnya



Taklimat Kemudahan dan Keusahawanan MARA

5 September 2019 | Aktiviti Terkini

PI Botition dengan kerjasama Pegawai MARA Kinabatangan, En. Jasmin bin Taibol telah mengadakan Taklimat Kemudahan dan Keusahawanan MARA. Seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada belia dan ibu bapa telah menyertai program ini. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak MARA............seterusnya



Farawell Party Manager PI Botition

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Cik Siti Farhanah Terunah merupakan Manager Pusat Internet Botition sejak Pusat Internet Botition dibina. Beliau telah berkhidmat sejak 03.03.2017 di Pusat Internet Botition dan telah menerima tawaran untuk berkerja di tempat lain. Demi mengenang jasa beliau sepanjang dua tahun lebih berkhidmat di Pusat Internet Botition............seterusnya



Makeup Class Vol. 2

5 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

PI Botition dengan kerjasama Puan Maryatie; jurusolek persendirian telah mengadakan Kelas Makeup di Bilik Latihan PI Botition. Seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada belia dan surirumah terlibat di dalam program tersebut. Puan Maryatie telah memberikan tunjuk ajar mengenai teknik asas Makeup serta memberikan demonstrasi Makeup kepada para peserta.............seterusnya



Study without Stress Math UPSR 2019

4 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pejabat Pendidikan Beluran dengan kerjasama Pusat Internet Kluster Beluran dan Akademi Ihaqif Training dan Consultancy telah mengadakan taklimat “Study Without Stress Math UPSR” pada 03 Ogos 2019 yang lalu, bertempat di Dewan SK Pekan Beluran. Tujuan taklimat tersebut diadakan adalah untuk mengajar teknik menjawab soalan Matematik.............seterusnya



Art and Craft for Kids

22 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Aktiviti Art and Craft for Kids telah diadakan pada 21 Julai 2019 di PI Botition. AKtiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kreativiti serta mencungkil bakat kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti seni dan kraf juga berkesan untuk membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Peralatan yang yang digunakan adalah seperti pensil, gunting, batang aiskrim..............seterusnya



Jelajah Advokasi Digital SK Ulu Sapi

21 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Staff Pusat Internet Kluster Beluran telah dijemput untuk memberikan ceramah dan membuka booth Advokasi di SK Ulu Sapi sempena Karnival Kolaboratif PIBG Bersama Komuniti “Perangi Dadah Habis-Habisan Bagi Tahun 2019”. Ceramah advokasi telah disampaikan oleh Puan Lydrianna Koh, Timbalan Pengarah SKMM Cawangan Sandakan..............seterusnya





DIY Mother’s Day Card

13 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

PI Botition mengadakan aktiviti membuat kad ucapan pada 12 May yang lalu. Tujuan program membuat kad ucapan ini diadakan adalah sempena meraikan Hari Ibu yang disambut pada 16 May setiap tahun.............. baca seterusnya



Jelajah Advokasi Digital SMK Beluran 2

9 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mei yang lalu, Pusat Internet Kg. Botition bersama Pusat Internet Kluster Beluran telah mengadakan Program Jelajah Advokasi Digital di SMK Beluran 2, Daerah Beluran............. baca seterusnya



Jelajah Advokasi SK Basai Baru

1 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 30 April yang lalu, Pusat Internet Kg. Botition bersama Pusat Internet Kluster Beluran telah mengadakan Program Jelajah Advokasi Digital yang diadakan sempena “Kempen Galakan Tabiat Membaca Pusat Sumber” di SK Basai Baru. Peserta yang terlibat di dalam program ini adalah terdiri daripada guru-guru, pelajar Darjah 1 sehingga Darjah 6.............. baca seterusnya



Lawatan Sambil Belajar Tabika KEMAS Cenderamata

26 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pelajar Tabika KEMAS Cenderamata telah membuat lawatan sambal belajar di Pusat Internet Botition pada 25 April 2019. Seramai 17 peserta termasuklah pelajar prasekolah, guru pengiring dan ibu pelajar yang terlibat dengan lawatan ini. Antara objektif lawatan ini adalah untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang Pusat Internet termasuklah.............. baca seterusnya



Earth Hour Day Campaign

31 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh World Wide Fund for Nature (WWF) dan disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac. Pada hari tersebut, semua lampu dan peralatan elektrik akan dimatikan dengan tujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perubahan iklim serta sebagai simbol komitmen terhadap bumi.............. baca seterusnya



Toy Theater l Educational Games for Kids

10 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Toy Theater merupakan laman web permainan atas talian untuk kanak-kanak. Antara permainan yang tersedia di laman ini adalah permainan seni interaktif, permainan membaca yang menyeronokkan, dan permainan menjawab soalan Matematik............. baca seterusnya



Bengkel Asas Fotografi

5 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin yang lalu, staf Pusat Internet Botition, staf Pusat Internet Sungai Kayu dan staf Pusat Internet Batu Sapi telah terlibat dengan bengkel Asas Fotografi di Pusat Internet Sungai Kayu. Bengkel tersebut dikendalikan oleh En. Ahmad Fadali, Jurugambar bagi Sepang International Circuit............ baca seterusnya



DIY Christmas Decoration

22 December 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat yang lalu, PI Botition telah mengadakan aktiviti DIY hiasan Krismas. Seramai 20 orang peserta terdiri daripada pelajar berumur 12 tahun dan ke bawah telah terlibat di dalam aktiviti tersebut. Antara tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kreatif............. baca seterusnya



“Cut and Paste”

26 November 2018 | Aktiviti Terkini

Aktiviti “Cut and Paste” telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Botition pada 25 November 2018. Staff PI Botition telah menyediakan soalan di dalam Bahasa Inggeris dan para peserta dikehendaki menggunting kemudian menampal jawapan tersebut di template yang telah disediakan................ baca seterusnya



Koordinasi Pelaksanaan Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 2018/2019

11 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 09 dan 10 November 2018, satu program Koordinasi Pelaksanaan Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 2018/2019 telah diadakan di Four Points by Sheraton Hotel, Sandakan. Seramai 46 peserta terlibat daripada Pusat Internet Malaysia seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan................ baca seterusnya



“Sukaneka PI Botition”

21 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Botition telah mengadakan sukaneka pada 20 oktober 2018 bersamaan hari sabtu yang lepas. Tujuan sukaneka ini diadakan adalah untuk menyokong inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai langkah di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation)............... baca seterusnya


“Kempen Keselamatan Kanak-Kanak di Sekolah Sahabat B.I.J.A.K”

19 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari Khamis yang lepas, beberapa orang Staff Pusat Internet Kluster Daerah Beluran telah menyertai Kempen Keselamatan Kanak-Kanak di Sekolah Sahabat B.I.J.A.K bertempat di SK Pekan Beluran anjuran Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. Bersesuaian dengan tema kempen iaitu “Safe and Protect”............... baca seterusnya


“PI Botition World Smile Day”

6 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Sempena Hari Senyum Sedunia, Pusat Internet Botition telah mengadakan aktiviti melukis emoji, melekap dan mewarna serta tayangan video bersama kanak-kanak 12tahun kebawah............... baca seterusnya


All About Me | ABCya.com

01 July 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Botition telah mengadakan aktiviti “All about me”pada 30 June 2018 bersamaan hari Sabtu. Aktiviti tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan peserta khususnya kanak-kanak sekolah. Ketika aktiviti berlangsung, peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan mengenai diri... baca seterusnya


DIY Mother’s Day Cards

13 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2018 bersamaan hari Sabtu, telah berlangsung aktiviti membuat kad ucapan sempena Hari Ibu bertempat di Pusat Internet Botition. Aktiviti ini telah menempatkan seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah.... baca seterusnya


Taklimat Kemudahan Pembiayaan dan Pendidikan MARA

22 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2018 yang lalu bersamaan dengan hari Sabtu, pihak MARA dengan kerjasama PI Botition telah mengadakan taklimat ‘Kemudahan Pembiayaan dan Pendidikan MARA’ di Bilik Latihan PI Botition. Taklimat bermula sekitar pukul 9.00 pagi... baca seterusnya


Bengkel Kawal Selia Kendiri dan Keselamatan Internet

20 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 April yang lalu bertempat di Four Points by Sheraton Hotel, Sandakan, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) di bawah kelolaan Suruhanjaya  Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menganjurkan satu bengkel yang bertajuk... baca seterusnya


Hari Terbuka PI dan Lawatan Rasmi Ketua Menteri Sabah

18 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mac 2018 yang lalu bersamaan dengan hari Sabtu, PI Botition telah mengadakan sambutan Hari Terbuka bagi tahun 2018. Hari terbuka ini merupakan sebuah program yang dijalankan oleh Pusat Internet untuk mempromosikan Pusat Internet Botition kepada masyarakat setempat khususnya di Zon Botition... baca seterusnya


Kelas Makeup Dan Penjagaan Kulit (Basic)

12 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari Ahad yang lepas PI Botition telah menjemput Puan Maryatie Anthony selaku Personal Make Up Artist (MUA) untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengetahuan beliau di dalam bidang yang diceburinya kepada komuniti setempat Kg. Botition. Seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada golongan wanita berumur 18 tahun ke atas menyertai kelas tersebut........ baca seterusnya


Jejak Digital (Advokasi) Siri 1/2018 SMK Beluran Bestari

11 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Program Jejak Digital (Advokasi) Siri 1/2018 SMK Beluran Bestari, telah dilaksanakan pada pukul 8.30AM - 11.00AM bersamaan 10 Februari 2018 bertempat di Dewan Asrama SMK Beluran Bestari. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan keselamatan internet serta membudayakan penggunaan internet secara positif dalam kalangan remaja sekolah yang selalu terdedah dengan pelbagai masalah dan jenayah siber....... baca seterusnya


Wishing You a Merry Christmas

10 December 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 09 December 2017, PI Botition telah mengadakan aktiviti membuat kad ucapan sempena perayaan Krismas menggunakan Microsoft Publisher. Sepanjang aktiviti berlangsung, para peserta diberi kebebasan sama ada membuat kad melalui template yang tersedia atau mengikuti kreativiti sendiri...... baca seterusnya


Perlawanan Bola Sepak Bersama Kelab Belia Kg. Perancangan

16 November 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 15 November 2017, PI Botition telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak bersama Kelab Belia Kg. Perancangan. Pihak PI Botition diwakili oleh belia Kampung Botition yang terdiri daripada ahli dan bukan ahli PI. Perlawanan yang bertempat di padang Sekolah kebangsaan Perancangan ini bermula pada pukul 4 petang dan berakhir pada pukul 6 petang. ....... baca seterusnya


Perbincangan Bersama Guru Besar SK Botition

27 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini

PI Botition telah mengadakan sesi perbincangan ringkas bersama En. Meliton; Guru Besar SK. Botition. Agenda utama sesi perbincangan ini adalah untuk memperkenalkan PI Botition secara terperinci kepada warga SK. Botition....... baca seterusnya



Ramah Mesra Masjid Ar-Ratib

7 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Oktober 2017, staff PI Botition telah terlibat di dalam satu gotong-royong yang diadakan oleh Ahli JawatanKuasa Masjid Ar-Ratib. Gotong-royong tersebut bertujuan untuk menyediakan dan mengagihkan makanan kepada penduduk yang datang menunaikan solat Jumaat di masjid Ar-Ratib........ baca seterusnya


Taklimat Bersama Pemimpin Masyarakat Zon Botition

19 September 2017 | Aktiviti Terkini

PI Botition telah mengadakan sesi taklimat bersama pemimpin masyarakat Zon Botition pada 18 September 2017. Antara pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam taklimat ini ialah Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Kampung Basai......... baca seterusnya



Pengenalan Asas Komputer

09 September 2017 | Aktiviti Terkini

Kelas Pengenalan Asas Komputer yang diadakan di Bilik Latihan PI Botition pada hari Jumaat ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2 petang. ......... baca seterusnya