Program Klik Dengan Bijak (KDB) dan Penyerahan Sim Kad Pakej Remaja

22 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21hb Januari yang lepas, PEDi Botition telah mengadakan satu Program Klik Dengan Bijak (KDB) dan Penyerahan Sim Kad Pakej Remaja kepada pelajar yang berumur dalam lingkungan 12 tahun hingga 21 tahun yang juga merupakan pelajar kelas ICT PEDi Botition. Pakej Remaja Keluarga Malaysia adalah sebuah pakej prabayar baharu khusus bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses Internet untuk pembelajaran dalam talian dari rumah tanpa sebarang kekangan data disamping mempertingatkan produktiviti.

Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih. Seramai 7 orang pelajar telah terpilih untuk menerima Sim Kad Pakej ini dan mereka terdiri daripada pelajar-pelajar kelas ICT di PEDi Botition dan salah satu daripada penerima merupakan pelajar terbaik SPM tahun lepas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali