Kursus Digital Card Invitation

17 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac yang lalu, Yayasan Sabah dan Kolej Komuniti Sandakan telah berkerjasama menganjurkan Kursus Digital Card Invitation di PEDi Botition. Kursus ini bertujuan memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari cara-cara menghasilkan Kad Jemputan Digital melalui aplikasi Canva sekaligus memberi peluang kepada peserta untuk menerokai idea-idea baru untuk membantu mereka menambah sumber pendapatan.

Para peserta didedahkan tentang kelebihan menggunakan aplikasi Canva, cara-cara mendaftar akaun Canva, mengenali fitur-fitur yang disediakan dalam aplikasi Canva serta berpeluang menjadi pelajar dibawah program YIM Kursus Canva dan menikmati keistimewaan untuk menggunakan semua fitur-fitur, gambar, grafik dan sebagainya yang terdapat dalam aplikasi Canva (termasuk fitur khas yang perlu dibeli) secara percuma tanpa perlu membayar setiap bulan. Seramai 21 peserta menyertai kursus ini. Kursus ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali