Jelajah Advokasi KDB SMK. Beluran

15 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari yang lalu, PEDi Kg. Botition bersama PEDi Kluster Beluran telah dijemput untuk mengadakan Program Jelajah Advokasi Digital Klik Dengan Bijak di SMK Beluran sempena Program Pasca Tingkatan 3. Jelajah advokasi ini disertai oleh PEDi Kluster Beluran bersama Pn. Lydrianna Koh, Timbalan Pengarah SKMM Cawangan Sandakan.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan keselamatan internet serta membudayakan penggunaan internet secara positif dalam kalangan remaja sekolah yang selalu terdedah dengan pelbagai masalah dan jenayah siber. Program bermula dengan sesi pengenalan PEDi diikuti dengan slot ceramah advokasi dan diselang selikan dengan sesi soal jawab serta slot pengenalan Rakan Digital. Program bermula pada pukul 12.40 tengahari dan berakhir pada pukul 2.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali