Majlis Pelancaran Ulang Tahun Ke-10 KDB

18 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17hb Januari yang lepas, PEDi Botition telah dijemput untuk bersama-sama menyaksikan Majlis Pelancaran Ulangtahun Klik Dengan Bijak Ke-10 yang berlangsung secara live melalui Facebook Klik Dengan Bijak. Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Klik Dengan Bijak di Auditorium MCMC Tower 1, Cyberjaya telah disempurnakan oleh YB Fahmi Fadzil , Menteri Komunikasi dan Digital.

Majlis yang bertemakan “Ke Arah Dunia Siber yang Positif” ini dianjurkan bagi meraikan Inisiatif Klik Dengan Bijak (KDB) yang telah diperkenalkan oleh MCMC sejak tahun 2012. Klik Dengan Bijak merupakan sebuah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna Internet di Malaysia tentang keselamatan dalam talian dengan menitikberatkan kawalan kendiri (selfregulation) dalam membendung masalah yang berkaitan dengan penyalahgunaan Internet berdasarkan prinsip Rukun Negara.

Siaran Ulang Majlis Pelancaran Ulang Tahun ke-10 Klik Dengan Bijak (KDB) boleh dilihat melalui pautan link di bawah:FB Live

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali