Latihan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Api

7 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 06hb September 2022, Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Botition bersama Rakan Digital PEDi Botition telah mengikuti Latihan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Api di Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Beluran. Program ini merupakan program kolaborasi antara PEDi Cluster Beluran dan PEDi Cluster Telupid. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengurus-pengurus PEDi tentang cara-cara penggunaan alat pemadam api dan langkah-langkah perlu diambil sekiranya berlakunya kebakaran.

PBK II John Francis Andam telah memberikan taklimat ringkas tentang sejarah penubuhan Bomba serta pencegahan dan keselamatan kebakaran. Usai taklimat ringkas, pengurus-pengurus PEDi di ajar secara praktikal tentang pertolongan cemas, cara memadam api sekiranya hos tong gas terbakar serta cara memadam api menggunakan alat pemadam api. Program ini bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali