Program Usahawan PEDi Bersama MARA

28 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2022, PEDi Botition bersama PEDi Kg. Sungai Kayu dan PEDi Batu Sapi telah berkerjasama bersama MARA untuk mengadakan Taklimat Pembiayaan Perniagaan MARA secara dalam talian. PEDi telah menjemput En. Mohamad Azhar bin Mohamed, Pegawai MARA Daerah Sandakan untuk menyampaikan taklimat ini kepada para usahawan PEDI.

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada para usahawan tentang pembiayaan perniagaan yang disediakan MARA serta syarat kelayakan dan cara-cara memohon pembiayaan perniagaan ini.

Taklimat ini bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai pada jam 12.00 tengahari. Seramai lebih daripada 30 peserta telah menyertai Program Usahawan PEDi bersama MARA ini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali