Forum GICT 22: Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia Dalam Bidang STEM

28 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2022, PEDi Botition telah menyertai Forum GICT 22: Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia Dalam Bidang STEM.

Forum ini bertujuan membincangkan kepentingan akses Internet yang selamat dan mampan bagi memastikan kanak-kanak perempuan dan belia wanita dapat meneroka dan berkembang maju dalam bidang pekerjaan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).

Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat.

Forum ini bermula pada jam 2.00 tengahari dan selesai pada jam 4.30 tpetang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali