Kursus Pengendalian Makanan Online
6 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12hb Februari 2022 yang lalu, PEDi Botition bersama pihak Iftah Training Centre telah mengadakan Kursus Pengendalian Makanan Online melalui aplikasi zoom meeting. Seramai 20 orang peserta menyertai kursus ini dan satu peserta daripada PEDi Botition iaitu Pn. Loniah Tungah. Matlamat utama kursus ini bagi menggalakkan dan mengembangkan pengetahuan serta maklumat kebersihan dan keselamatan makanan melalui seminar dan kursus serta memberikan khidmat perundingan secara mampan, cekap dan bertanggungjawab.
Kursus ini berlangsung selama 4-jam bermula daripada jam 1 petang dan berakhir pada jam 5 petang. Kursus online ini diadakan setiap hari Sabtu. Bagi yang berminat untuk mengikuti kursus online ini, boleh menghubungi staff Pusat Internet Komuniti (PEDi) Botition dan mengisi maklumat seperti dibawah dengan lengkap:
1. NAMA PENUH:
2. NO. IC/PASSPORT:
3. NO WHATSAPP:
4. TARIKH / SESI PILIHAN:
5. DAERAH:
6. ALAMAT SURAT MENYURAT:
7. JENIS PEKERJAAN/PERNIAGAAN BERKAITAN MAKANAN MINUMAN:
8. KURSUS YANG HENDAK DI IKUTI: 1- Kursus Pengendalian Makanan Online
Peserta yang telah mendaftar akan dimasukkan ke dalam group WhatsApp untuk maklumat lanjut mengenai kursus
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: