Program Perkongsian Bersama Belia dan Komuniti
14 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13hb Ogos 2022, PEDi Botition telah mengikuti Program Perkongsian Bersama Belia dan Komuniti melalui online platform WebEx. Program ini merupakan kolaborasi antara MCMC dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Topik utama program ini ialah “Bagaimana Teknologi Internet Membantu Pencari Pekerjaan” dan “Hak Dan Tanggungjawab Belia Sebagai Warga Digital”.
Melalui program ini, belia dan komuniti dapat mengetahui tentang kebaikan penggunaan internet terutamanya dalam mencari pekerjaan dan kesan buruk penggunaan yang salah. Selain itu, komuniti dan belia juga tahu mengenai tindakan yang perlu mereka ambil sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti cyberbully dan sebagainya.
Program ini bermula dari jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: