Kempen Derma Darah
14 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13hb Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Botition telah mengadakan Kempen Derma Darah anjuran bersama Pusat Darah Hospital Beluran. Tujuan utama kempen ini dijalankan ialah bagi memberi kesedaran kepada komuniti sekitar Pusat Internet Botition tentang kebaikan serta keistemewaan sebagai penderma darah. Penduduk yang berkesempatan menghadiri kempen ini turut berpeluang menjalani ujian saringan penyakit berjangkit melalui darah sebagai contoh HIV dan Hepatitis B secara percuma.
Walaupun terdapat segelintir penduduk yang tidak berjaya menderma disebabkan masalah kesihatan, tekanan darah dan sebagainya, namun pihak PEDi Botition dan Hospital Beluran sangat berterrima kasih atas kehadiran mereka menjayakan kempen ini. Bagi penderma yang berjaya, mereka turut diberikan diberikan “BUKU DERMA DARAH” oleh Pihak Hospital Beluran yang mana membolehkan mereka menikmati keistimewaan rawatan di mana-mana Hospital Kerajaan.
Kempen ini bermula dari Jam 8.00 pagi hingga jam 3.30 petang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: