Program Klik Dengan Bijak (KDB) Pengurusan Risiko dalam Talian

10 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 09hb April 2022, PEDi Botition telah mengikuti Program Klik Dengan Bijak (KDB) Pengurusan Risiko dalam Talian.Program ini merupakan anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM DigitalRACe, dan University Malaya Living Lab.

MCMC melalui program pembiayaan penyelidikannya iaitu Geran Kajian Masyarakat Digital (Digital Society Research Grant) sedang menjalankan kajian selama 6 bulan terhadap impak pelaksanaan inisiatif Klik Dengan Bijak™ (KDB). Kajian ini dilaksanakan oleh pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Roslan Rosnon daripada Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bagi tujuan pengumpulan data kajian, kumpulan penyelidik ini akan mengadakan sebuah program khas KDB secara dalam talian di setiap negeri seluruh negara bermula 26hb Mac 2022.

Taklimat ini berlangsung selama lebih kurang 7-jam 30-minit bermula daripada jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 04.30 petang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali