Taklimat Insentif EMP+ dan Pengisian MyFutureJobs
9 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 08hb April 2022, PEDi Botition telah mengikuti Taklimat Insentif EMP+ dan Pengisian MyFutureJobs anjuran bersama PEDi Gum-Gum dan PEDi PPR Taman Mesra. PEDi Botition juga telah berkongsi link program kepada komuniti setempat terutama kepada pencari pekerjaan. Penceramah taklimat ini adalah pegawai perkhidmatan pekerjaan dari Perkeso, Cik. Chan Vun Son.
Matlamat utama taklimat ini adalah membantu pencari pekerjaan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Insentif EMP+ (Elaun yang diberikan kepada pencari pekerjaan mengikut terma dan syarat) dan cara-cara mengisi Laman MyFutureJobs serta bimbingan daripada pegawai perkhidmatan pekerjaan.
Taklimat ini berlangsung selama 2-jam bermula daripada jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: