MCMC-UNICEF Seminar On Child Online Protection 2021

2 April 2021 | Aktiviti Terkini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama pihak Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah mengadakan sebuah seminar perlindungan kanak-kanak di dalam talian (child online protection- COP). Seminar ini adalah lanjutan daripada Persidangan Rantau ASEAN Mengenai Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian yang telah diadakan pada bulan Februari 2020. Ia adalah sebuah platform perkongsian bagi pelbagai pihak berkepentingan dari Malaysia dan negara-negara lain untuk bertukar pandangan, pengalaman, serta amalan terbaik. Program ini Bermula 9 pagi hingga 12:30 tengahari terbuka kepada orang awam, manakala 1 tengahari hingga 4 petang untuk penggubal polisi dan pengamal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali