PdPR di PIK Botition

31 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Sepanjang bulan Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Botition mengadakan PdPR secara online & Offline. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang. PdPR juga dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain.

Program ini bertujuan untuk membimbing pelajar dalam pengaplikasian aplikasi seperti google meet, google classroom, zoom meeting dan banyak lagi. Selain itu, PIK juga membantu pelaksanaan PdPR memerlukan murid menggunakan peranti berskrin seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar dalam tempoh tertentu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali