Program Vaksinasi Outreach Mukim Botition

26 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25hb Julai 2021 bertempat di Dewan Serbaguna Botition telah diadakan Program Vaksinasi Outreach Mukim Botition melibatkan Ahli Jawatankuasa Mukim Botition, Kementerian Kesihatan Malaysia (Beluran), Penguatkuasa seperti JPAM, Polis, Rela dan penduduk Mukim Botition serami seribu orang. Program ini (outreach vaksinasi) adalah untuk memfokuskan kumpulan warga emas yang mungkin mempunyai kesukaran untuk ke pusat pemberian vaksin (PPV) awam dan kawasan yang berisiko tinggi.Kerjasama pemimpin tempatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (Beluran) untuk memberi kemudahan akses vaksinasi agar imuniti kelompok dapat dicapai.

Program ini bermula pada jam 8.00pagi sehingga 5.00petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali