SAIDINA Game Challenge

19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18hb Januari 2020, Pusat Internet Botition telah mengadakan pertandingan SAIDINA Game Challenge. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mendedahkan jenis permainan offline kepada kanak-kanak pada masa kini yang kerap bermainan permainan online di telepon atau computer. Selain itu, permainan ini juga bertujuan mengurangkan masa bermain online kanak-kanak yang boleh memudaratkan kesihatan mereka serta meningkatkan daya niaga, kemahiran mengira dan membuat keputusan.

Melalui permainan ini juga, kanak-kanak dapat lebih berkomunikasi secara sosial dengan kanak-kanak lain. Pertandingan ini dimulakan dengan setiap peserta melontar dadu dan menggerakkan buah tanpa membeli tanah pada pusingan pertama. Pusingan seterusnya, para peserta berlumba untuk membeli asset seperti tanah dan rumah serta hotel. Pemenang dipilih berdasarkan jumlah kekayaan dimiliki selepas masa bermain tamat iaitu 120 minit. Pertandingan ini bermula dari jam 10 pagi hingga jam 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali