Program Jom Cari Kerja (PenjanaKerjaya MyFutureJobs Untuk Penganggur & Graduan)

17 June 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16hb June 2020, bertempat di Pusat Internet Botition telah diadakan Kursus Program Jom Cari Kerja (PenjanaKerjaya MyFutureJobs Untuk Penganggur & Graduan). Program ini dijalankan secara atas talian disebebkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan Covid-19. Peserta dikehendaki melayari portal MYFuture Jobs. MYFutureJobs adalah portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Ianya dilancarkan susulan program PenjanaKerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan Pekerja yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan. Program ini berlangsung bermula 9.00pagi sehingga 12 tengahari selama 3 jam. Peserta yang terlibat seramai 2 orang sahaja dan suhu badan diperiksa terlebih dahulu, perlu memakai mask dan semburan nyah kuman diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali