Siri micro:bite (Pelajaran 7 & 8)
10 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 09hb August 2020 bertempat di Pusat Internet Botition, telah diadakan bengkel Siri Mico;bit untuk kali ketiga. keseluruhan terdapat 10 pelajaran untuk siri Mico;bit yang boleh dipelajari bersama pelajar. Pelajaran 7, pelajar akan mengenali cara membina kura-kura yang boleh memaparkan bilangan nombor pada micro:bit apabila kura-kura digoncangkan dan kembalikan nilai pemboleh ubah kiraan kepada 0 apabila salah satu butang ditekan. Manakala pelajaran 8, kesinambungan pelajaran 7 menunjukkan kepala kura-kura apabila micro:bit digoncang sekurang-kurangnya 5 kali. Bengkel ini bermula dari Jam 10.00 Pagi sehingga 12.00 tengahari, melibatkan lima orang pelajar sahaja kerana pada waktu ini PI dikehendaki mengikuti SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan Virus Covid-19.
Video
https://www.facebook.com/PIBotition/videos/579102036095618/
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: