Siri micro:bite (Pelajaran 1 & 2)
14 June 2020 | Aktiviti TerkiniPada 13hb June 2020 bertempat di Pusat Internet Botition telah mengadakan bengkel Siri Mico;bite untuk kali pertamanya. Siri micro:bit adalah salah satu siri-siri yang disediakan dalam program Future Skills for All (FS4A). Siri ini selari dengan kehendak Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran untuk subjek Reka Bentuk & Teknologi Tahun 5.
Yang menarik tentang siri ini pelajar didedahkan dengan Hands-On Activities yang mana berupaya untuk menjadikan pelajar sebagai individu yang dapat berfikiran secara kritikal,berupaya mengaplikasikan apa yang dipeljari dalam kehidupan. Bengkel ini bermula dari Jam 2.00 - 4.00 petang, melibatkan dua orang pelajar sahaja kerana pada waktu ini PI dikehendaki mengikuti SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan Virus Covid-19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: