Kelas Kulinari (Corn Dog Mozzarella & Potato Roll Corn Dog)
20 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 19 januari 2020, Pusat Internet Botition telah mengadakan Kelas Kulinari bertempat di Pusat Internet Botition sendiri. Kelas Kulinari ini dihadiri seramai 16 orang peserta dari kalangan pelajar, suri rumah dan golongan bekerja. Kelas ini bertujuan membantu memperkasa ekonomi dan kemahiran penduduk sekitar Pusat Internet Botition melalui kelas yang dihadiri supaya boleh digunakan atau diaplikasikan mereka untuk menjana pendapatan. Disamping itu, kelas kulinari ini juga menggalakan peserta berkongsi ilmu bukan sahaja dari tenaga pengajar malah peserta sendiri. Bengkel ini bermula dari Jam 10.00 pagi hingga jam 1.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: