Aktiviti Mewarna Hari Malaysia

20 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19hb September 2020 bertempat di Pusat Internet Botition, telah diadakan aktiviti Mewarna Hari Malaysia secara tertutup yang bertemakan Malaysia Prihatin membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik Covid-19. Kanak-kanak dan aktiviti mewarna pada setiap kali Hari Malaysia sudah menjadi satu tradisi. Logo berbentuk hati menjadi pilihan dengan warna-warna bendera Jalur Gemilang menjadi latarnya, melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Aktiviti ini bermula dari Jam 10.00 Pagi sehingga 12.00 tengahari, melibatkan lima orang pelajar sahaja kerana pada waktu ini PI dikehendaki mengikuti SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan Virus Covid-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali