Kursus Pengendalian Makanan
10 Febuari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 09hb Febuari 2020, bertempat di Pusat Internet Botition telah diadakan Kursus Pengendalian Makanan yang dikendalikan oleh IFTAH Training Center kerjasama Dewan Perniagaan Usahawan Sabah (DPU Sabah). Kursus ini bertujuan menggalakkan dan mengembangkan pengetahuan serta maklumat kebersihan dan keselamatan makanan melalui kursus yang dihadiri serta memberikan khidmat perundingan secara mampan, cekap dan bertanggungjawab. Kursus ini dihadiri 51 orang peserta iaitu 28 orang peserta pada sesi pagi dan 23 orang lagi pada sesi petangnya. Kursus ini bermula dari Jam 9.00 -12.00 tengahari bagi sesi pagi dan 2.00 hingga jam 5.00petang bagi sesi petang pula. Pada akhir kursus, peserta diberikan sijil penyertaan daripada IFTAH Traning Center selaku pengendali kursus.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: