Kursus Pengendalian Makanan
9 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 08hb March 2020, bertempat di Pusat Internet Botition telah diadakan Kursus Pengendalian Makanan yang dikendalikan oleh IFTAH Training Center kerjasama Dewan Perniagaan Usahawan Sabah (DPU Sabah). Kursus ini bertujuan menggalakkan dan mengembangkan pengetahuan serta maklumat kebersihan dan keselamatan makanan melalui kursus yang dihadiri serta memberikan khidmat perundingan secara mampan, cekap dan bertanggungjawab. Kursus ini dihadiri 56 orang peserta.
Kursus ini bermula dari Jam 9.00 -12.00 tengahari bagi sesi pagi dan 2.00 hingga jam 5.00petang bagi sesi petang pula. Pada akhir kursus, setelah menamatkan kursus selama 3 jam, peserta diberikan sijil penyertaan daripada IFTAH Traning Center selaku pengendali kursus.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: