Bengkel & Pelancaran Future Skills for All)
25 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 24 Febuari 2020, staff Pusat internet Botition telah menghadiri Bengkel & Pelancaran Future Skills for All berlangsung di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu Sabah. Bengkel & Pelancaran ini telah dihadiri oleh 6 orang staff daripada enam (6) Pusat Internet lain iaitu PI Botition Beluran, PI Sg. Kayu Sandakan, PI Batu Sapi Sandakan, PI Sg Imam Tawau, PI Bubul Lama Semporna dan PI Bum-Bum Semporna. Juga, bengkel & pelancaran ini dikendalikan oleh Arus Academy Sdn. bhd kerjasama DIGI, Kementerian Pelajaran Sabah dan MDEC.
Objective utama kursus ini adalah Future Skills For All (FS4A) adalah sumber atas talian untuk memudahkan pengajaran dan menambahkan keseronokan dalam mempelajari kehebatan sains komputer menggunakan micro:bit.
1 Siri micro:bit
Siri micro:bit adalah salah satu siri-siri yang disediakan dalam program Future Skills for All. Siri ini selari dengan kehendak Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran untuk subjek Reka Bentuk & Teknologi Tahun 5.
2 Murid
Murid boleh mengikuti pengajaran-pengajaran yang disediakan melalui video yang disediakan serta melengkapkan tugasan yang diberikan untuk memastikan penguasaan yang meneyeluruh. Platform Future Skills for All membina murid yang boleh berdikari untuk mencari jalan penyelesaian sendiri apabila mereka melengkapkan projek-projek kecil yang diberikan mengikut kemampuan dan pada kadar yang selesa dengan diri sendiri.
3 Guru/Pustakawan/PI Staf
Dengan adanya platform ini, guru berfungsi sebagai seorang fasilitator yang mampu memberikan bantuan individu kepada murid yang memerlukannya. Guru boleh mengelilingi kelas untuk menjawab soalan, bertanyakan soalan dan berbincang dengan murid sepanjang pengajaran. Platform ini juga membantu guru membina keyakinan untuk mengajar konsep asas komputer sains.
Bengkel & Pelancaran Future Skills for All ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: