Bengkel 3D SketchUp
21 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20hb December 2019, Pusat Internet Botition telah mengadakan Bengkel 3D SketchUp bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Botition. Bengkel ini dihadiri olh 9 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah dari SK. Botition dan SK. Basai Baru. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenal pelajar kepada satu bentuk pembelajaran baru yang diadakan di Pusat Internet Botition. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk merangsang minat pelajar terhadap bidang sains dan teknologi disamping mencungkil bakat peserta dalam pemodelan 3 Dimensi.
Bengkel ini bermula dari Jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: