Kempen Derma Darah PI Botition

13 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12hb December 2019, Pusat Internet Botition telah mengadakan Kempen Derma Darah anjuran bersama Pusat Darah Hospital Beluran. Tujuan utama kempen ini dijalankan ialah bagi memberi kesedaran kepada komuniti sekitar Pusat Internet Botition tentang kebaikan serta keistemewaan sebagai penderma darah. Penduduk yang berkesempatan menghadiri kempen ini turut berpeluang menjalani ujian saringan penyakit berjangkit melalui darah sebagai contoh HIV dan Hepatitis B secara percuma.

Walaupun terdapat segelintir penduduk yang tidak berjaya menderma disebabkan masalah kesihatan, tekanan darah dan sebagainya, namun pihak Pusat Internet Botition dan Hospital Beluran sangat berterrima kasih atas kehadiran mereka menjayakan kempen ini. Bagi penderma yang Berjaya, mereka turut diberikan diberikan “BUKU DERMA DARAH” oleh Pihak Hospital Beluran yang mana membolehkan mereka menikmati keistemewaan rawatan di mana-mana Hospital Kerajaan.

Kempen ini bermula dari Jam 9.00 pagi hingga jam 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali