Taklimat Kemudahan dan Keusahawanan MARA

5 September 2018 | Aktiviti Terkini

PI Botition dengan kerjasama Pegawai MARA Kinabatangan, En. Jasmin bin Taibol telah mengadakan Taklimat Kemudahan dan Keusahawanan MARA. Seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada belia dan ibu bapa telah menyertai program ini. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak MARA.

En. Jasmin bin Taibol memberikan taklimat mengenai kemudahan pendidikan kepada semua yang berumur antara 15 – 40 tahun di MARA serta kemudahan pinjaman MARA yang disediakan kepada usahawan-usahawan. Taklimat ini telah membuka mata peserta tentang posibiliti lain untuk melanjutkan pelajaran, mempelajari kemahiran serta cara untuk memperluas perniagaan mereka. Taklimat ini bermula pada jam 10 pagi dan selesai pada jam 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali