Bengkel Asas Fotografi

5 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin yang lalu, staf Pusat Internet Botition, staf Pusat Internet Sungai Kayu dan staf Pusat Internet Batu Sapi telah terlibat dengan bengkel Asas Fotografi di Pusat Internet Sungai Kayu. Bengkel tersebut dikendalikan oleh En. Ahmad Fadali, Jurugambar bagi Sepang International Circuit.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan kamera digital dan teknik penggunaan aplikasi yang terdapat pada kamera tersebut semasa mengambil gambil dan menghasilkan gambar yang cantik serta berkualiti. Para peserta diajar tentang asas fotografi secara teori, fungsi kamera DSLR, cara mengawal ISO, Shutter Speed, Exposure dan sebagainya. Para peserta turut diberikan tugasan secara berkumpulan di akhir sesi pembelajaran.

Bengkel bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali