Kursus Pastri Bakar dan Kukus

29 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 28hb November 2019, Staff Pusat Internet Botition telah mengadakan Kursus Pastri Bakar dan Kukus anjuran bersama Jabatan Pertanian Beluran. Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk membantu memperkasa ekonomi komuniti sekitar Pusat Internet dan ahli-ahli Pusat Internet dengan menyediakan platform untuk mempelajari ilmu baharu yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan melalui kerjasama bersama agensi-agensi kerajaan.

Kursus ini dihadiri 31 orang peserta bersama 2 orang tenaga pengajar. Pn. Fatimah Amran dan Pn. Luciana Midin dari Jabatan Pertanian Beluran telah mengajar peserta 3 jenis pastri iaitu Kek Coklat Lembap, Kek Marble Oren dan Kuih Bulan. Kursus ini bermula dari Jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Pada akhir kursus, peserta diberikan sijil penyertaan daripada Pusat Internet Botition.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali