Open Day Pusat Internet Botition

15 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2019 yang lalu bersamaan dengan hari Sabtu, Pusat Internet Botition telah mengadakan sambutan Hari Terbuka bagi tahun 2019. Hari terbuka ini merupakan program yang dijalankan oleh Pusat Internet Malaysia untuk mempromosikan Pusat Internet Botition kepada masyarakat setempat khususnya di Zon Botition sambil mengeratkan hubungan silahturahim dengan komuniti setempat. Pada setiap kali Hari Terbuka ini diadakan, satu keistimewaan yang diberi kepada pengunjung ialah pendaftaran menjadi ahli Pusat Internet Botition secara percuma.

Hari terbuka ini bermula seawal pukul 8.30 pagi bagi sesi pendaftaran peserta dan pendaftaran ahli percuma Pusat Internet Botition. Penduduk kampung yang datang dan mendaftar diberikan satu tiket bertuah seorang secara percuma. Antara pengisian sepanjang program Hari Terbuka Pusat Internet Botition pada kali ini ialah Pertandingan Mewarna kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun, Pertandingan Kuiz KDB untuk pelajar berumur 10 hingga 12 tahun, Pertandingan Copy Paste Poster Hari Malaysia menggunakan Microsoft PowerPoint, Pertandingan menaip terbuka dan Cabutan Bertuah.

Pada Hari Terbuka kali ini, Zon Botition turut mengadakan Karnival Botition dan Pesta Lampu. Walau bagaimanapun, selain daripada peserta yang mengikuti pertandingan, ibu bapa dan belia turut melawati Pusat Internet Botition untuk memberi sokongan kepada para peserta sebelum mereka meneruskan aktiviti harian mereka. Mereka turut mengambil peluang ini untuk mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Botition. Seramai lebih daripada 30 orang peserta yang menyertai pertandingan pada Hari Terbuka kali ini.

Program ini selesai pada sekitar jam 12.00 tengahari dengan aktiviti penyampaian hadiah dan sesi bergambar bersama peserta. Pihak Pusat Internet Botition berharap agar program sehari ini dapat memberi kesedaran kepada komuniti tentang kewujudan dan fungsi Pusat Internet Botition kepada peningkatan taraf hidup mereka seterusnya mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk setempat dan kakitangan Pusat Internet Botition. Pihak Pusat Internet Botition turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali