Makeup Class Vol. 2

5 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

PI Botition dengan kerjasama Puan Maryatie; jurusolek persendirian telah mengadakan Kelas Makeup di Bilik Latihan PI Botition. Seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada belia dan surirumah terlibat di dalam program tersebut. Puan Maryatie telah memberikan tunjuk ajar mengenai teknik asas Makeup serta memberikan demonstrasi Makeup kepada para peserta.

Setelah itu, peserta dibenarkan memakai Makeup sendiri dengan pengawasan Puan Maryatie. Kelas tersebut bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali