Lawatan Sambil Belajar Tabika KEMAS Cenderamata

26 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pelajar Tabika KEMAS Cenderamata telah membuat lawatan sambal belajar di Pusat Internet Botition pada 25 April 2019. Seramai 17 peserta termasuklah pelajar prasekolah, guru pengiring dan ibu pelajar yang terlibat dengan lawatan ini. Antara objektif lawatan ini adalah untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang Pusat Internet termasuklah fungsi penubuhan dan jenis perkhidmatan yang tersedia kepada komuniti khususnya warga sekolah.

Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mendedahkan dunia ICT dan Pembelajaran secara E-Learning kepada pelajar prasekolah tersebut. Sesi lawatan bermula pada pukul 9 Pagi dan berakhir pada Pukul 11 Pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali