Jelajah Advokasi Digital SK Ulu Sapi

21 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Staff Pusat Internet Kluster Beluran telah dijemput untuk memberikan ceramah dan membuka booth Advokasi di SK Ulu Sapi sempena Karnival Kolaboratif PIBG Bersama Komuniti “Perangi Dadah Habis-Habisan Bagi Tahun 2019”. Ceramah advokasi telah disampaikan oleh Puan Lydrianna Koh, Timbalan Pengarah SKMM Cawangan Sandakan.

Staff Pusat Internet telah menyediakan risalah-risalah mengenai advokasi, Klik Dengan Bijak, keselamatan Internet dan sebagainya. Selain itu, turut disediakan kotak E-Waste bagi pengunjung untuk meletakkan barangan elektronik yang tidak digunakan seperti telefon bimbit, bateri telefon, USB cable, charger dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali