DIY Bubble Giant
23 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 22 September 2019 lalu, Pusat Internet (PI) Botition telah mengadakan aktiviti DIY Bubble Giant di perkarangan hadapan PI Botition. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk mengaplikasikan penggunaan YouTube sebagai portal pembelajaran untuk belajar melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik pada masa lapang kanak-kanak. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan website Youtube yang positif kepada kanak-kanak.
Antara bahan-bahan yang digunakan adalah; 1.5 liter air, 250ml Joy Dishwashing Liquid, 4 Sudu Tepung Ubi, Baldi serta kayu dan tali kasut untuk ‘bubble wand’. Aktiviti ini dibuat berdasarkan cara-cara yang dikongsikan di YouTube dan kanak-kanak sangat berminat untuk mencubanya. Adunan dicampurkan sendiri oleh kanak-kanak dan mereka berasa gembira dengan hasil kerja mereka apabila mereka berjaya menghasilkan buih besar. Aktiviti ini bermula pada jam 3 petang dan selesai pada jam 5 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: