Earth Hour Day Campaign

31 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh World Wide Fund for Nature (WWF) dan disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac. Pada hari tersebut, semua lampu dan peralatan elektrik akan dimatikan dengan tujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perubahan iklim serta sebagai simbol komitmen terhadap bumi. Pada hari Sabtu yang lalu, Komuniti Zon Botition dengan kerjasama Pusat Internet Botition telah mengadakan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak bersempena dengan Earth Hour Day Campaign.

Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori 5 tahun sehingga 9 tahun dan Kategori 10 tahun sehingga 12 tahun. Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai sambutan Earth Hour serta memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga bumi dana lam sekitar. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir dengan sesi penyampaian hadiah pada pukul 10.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali