Jelajah Advokasi SK Basai Baru

1 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 30 April yang lalu, Pusat Internet Kg. Botition bersama Pusat Internet Kluster Beluran telah mengadakan Program Jelajah Advokasi Digital yang diadakan sempena “Kempen Galakan Tabiat Membaca Pusat Sumber” di SK Basai Baru. Peserta yang terlibat di dalam program ini adalah terdiri daripada guru-guru, pelajar Darjah 1 sehingga Darjah 6 termasuklah murid Prasekolah SK Basai Baru.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan keselamatan internet serta membudayakan penggunaan internet secara positif dalam kalangan remaja sekolah yang selalu terdedah dengan pelbagai masalah dan jenayah siber. Program bermula dengan sesi pengenalan pusat internet diikuti dengan slot ceramah advokasi dan diselang selikan dengan sesi soal jawab. Setelah itu, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diminta membentangkan tajuk yang telah diberikan. Program bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali