Jelajah Advokasi Digital SMK Beluran 2

9 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mei yang lalu, Pusat Internet Kg. Botition bersama Pusat Internet Kluster Beluran telah mengadakan Program Jelajah Advokasi Digital di SMK Beluran 2, Daerah Beluran. Anggaran peserta yang telibat di dalam program ini adalah seramai 400 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 sehingga Pelajar Tingkatan 5 SMK Beluran 2.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan keselamatan internet serta membudayakan penggunaan internet secara positif dalam kalangan remaja sekolah yang selalu terdedah dengan pelbagai masalah dan jenayah siber. Antara topik yang dibincangkan termasuklah mengenai gejala Buli Siber, Penipuan Kewangan, Oversharing dan beberapa topik yang lain. Program bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 Tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali