Kursus Asas Animasi
1 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 31hb Oktober 2019, Staff Pusat Internet Botition telah menghadiri Kursus Asas Animasi di Pusat Internet Kampung Sungai Kayu. Kursus ini dihadiri oleh 6 orang staff daripada tiga (3) Pusat Internet iaitu Pusat Internet Botition, Pusat Internet Sungai Kayu dan Pusat Internet Batu Sapi. Kursus ini dikendalikan oleh En. Nizam Abdullah dari YES Academy.
Objektif utama kursus ini adalah untuk membantu menambah pengetahuan staff Pusat Internet mempelajari asas-asas dalam pembuatan animasi. Selain itu, kursus ini juga bertujuan mempertingkat dan mempelbagai jenis pengajaran Kelas ICT yang boleh ditawarkan oleh Staff Pusat Internet di Pusat Internet masing-masing serta memperkasa pengetahuan ICT dalam kalangan komuniti di Pusat Internet masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: