Taklimat JomStudi.my dan 3D Printer Demo bersama Pelajar Tahun 6 SK. Botition

26 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25hb Oktober 2019, Pusat Internet Botition telah menjemput pelajar SK. Botition untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Internet Botition. Tujuan jemputan lawatan ini adalah untuk memperkenal Portal pembelajaran JomStudi.my dan 3D Printing teknologi kepada pelajar dan guru-guru SK. Botition. Pihak sekolah telah menghantar 7 orang pelajar Tahun 6 dan 5 orang guru pengiring untuk menyertai program lawatan sambil belajar ini.

Taklimat tentang Portal JomStudi.my bermula dari jam 9.00 pagi selama satu jam sebelum pelajar diberi peluang untuk menerokai sendiri portal pembelajaran tersebut. Usai taklimat ringkas Portal JomStudi.my, staff Pusat Internet menunjukkan kepada guru-guru dan pelajar mesin pencetak 3D dan bagaimana mesin tersebut berfungsi. Ini bertujuan untuk merangsang minat pelajar terhadap bidang sains dan teknologi.

Lawatan ini berakhir dengan jamuan ringan pada pukul 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali