dikendalikan oleh TM
MCMC
Botition, Sabah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Kawal Selia Kendiri dan Keselamatan Internet

20 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 April yang lalu bertempat di Four Points by Sheraton Hotel, Sandakan, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) di bawah kelolaan Suruhanjaya  Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menganjurkan satu bengkel yang bertajuk “Bengkel Kawal Selia Kendiri dan Keselamatan Internet”.

Pihak CMCF telah menjemput wakil daripada setiap PI, wakil dari badan-badan kerajaan, pelajar kolej dan orang ramai untuk sama-sama menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini bertujuan untuk mempromosikan konsep kawalan kendiri berkaitan dengan kandungan yang disampaikan melalui media elektronik berangkai seperti televisyen, radio, Internet dan telefon bimbit.

Ceramah “Kawalan Kendiri dan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia” telah disampaikan oleh En. Mohd Saufi Bin Sujano, Penolong Penyelia CMCF. Selain itu, taklimat “Keselamatan Internet” turut disampaikan oleh Puan Lydrianna Koh wakil MCMC Sabah Cawangan Sandakan. Pihak KPDNKK dan pihak PDRM Sabah turut menyampaikan ceramah berkenaan “Pembelian Secara atas Talian dan Keselamatan serta Tanggungjawab Pengguna” serta “Penipuan dan Jenayah Siber”.
Bengkel bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2018 Semua Hakcipta Terpelihara.