Taklimat Kemudahan Pembiayaan dan Pendidikan MARA
22 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 April 2018 yang lalu bersamaan dengan hari Sabtu, pihak MARA dengan kerjasama PI Botition telah mengadakan taklimat ‘Kemudahan Pembiayaan dan Pendidikan MARA’ di Bilik Latihan PI Botition. Taklimat bermula sekitar pukul 9.00 pagi dan disertai seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada surirumah, usahawan, Staff PI dan golongan belia di Zon Botition. Taklimat tersebut disampaikan oleh Pegawai MARA Daerah Kinabatangan Encik Jasmin Bin Taibol.
Tujuan utama taklimat adalah untuk memberi pendedahan kepada penduduk kampung khususnya golongan usahawan mengenai pembiayaan yang tersedia di MARA selaras dengan objektif Sektor Usawahan MARA iaitu mempercepatkan pertumbuhan perniagaan kecil dan sederhana Bumiputera. Selain itu, para peserta turut didedahkan tentang platform pendidikan yang tersedia di MARA seperti Kolej Profesional MARA, Institut Kemahiran MARA, GIATMARA dan lain-lain lagi.
Taklimat ini disediakan oleh MARA khusus untuk golongan pelajar dan belia agar mereka dapat merangka hala tuju terbaik sebaik sahaja mereka menamatkan alam persekolahan kelak. Sesi bergambar dilakukan di hujung taklimat. Taklimat berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: