“Sukaneka PI Botition”

21 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Botition telah mengadakan sukaneka pada 20 oktober 2018 bersamaan hari sabtu yang lepas. Tujuan sukaneka ini diadakan adalah untuk menyokong inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai langkah di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Selain itu, sukaneka ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturrahim di antara peserta khususnya murid-murid sekolah di sekitar Zon Botition.

Aktiviti bermula dengan sesi pendaftaran peserta pada pukul 9 pagi. Sebelum acara dimulakan, peserta dikehendaki membuat sesi senamrobik ringkas selama beberapa minit. Antara acara yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah acara lumba makan roti, pancing botol, tiup tepung serta beberapa aktiviti berkumpulan. Sukaneka pada hari tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu bapa yang datang memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

Acara sukaneka berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan majlis selesai pada pukul 12.00 tengahari. Pihak Pusat Internet Botition merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada peserta dan ibu bapa yang hadir memeriahkan acara sukaneka tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali