Koordinasi Pelaksanaan Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 2018/2019

11 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 09 dan 10 November 2018, satu program Koordinasi Pelaksanaan Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 2018/2019 telah diadakan di Four Points by Sheraton Hotel, Sandakan. Seramai 46 peserta terlibat daripada Pusat Internet Malaysia seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Program dirasmikan oleh Tuan Mazlan Othman selaku Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam ucapan beliau, Tuan Mazlan berharap agar wakil-wakil daripada setiap Kluster dapat menyampaikan isi kandungan program kepada komuniti di tempat masing-masing.

Antara pengisian program sepanjang dua hari tersebut adalah sesi taklimat yang bertajuk “Panggilan Palsu”, “Mengenal Pasti Muslihat dan Penipuan di Internet”serta “Mengurus Jejak Digital Anda”. Selain itu, aktiviti dalam kumpulan atau Team Building turut diadakan bagi merapatkan hubungan silaturahim antara Pengurus/Penolong Pengurus Pusat Internet seluruh Sabah dan Wilayan Persekutuan Labuan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali