DIY Christmas Decoration

22 December 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat yang lalu, PI Botition telah mengadakan aktiviti DIY hiasan Krismas. Seramai 20 orang peserta terdiri daripada pelajar berumur 12 tahun dan ke bawah telah terlibat di dalam aktiviti tersebut. Antara tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kreatif serta untuk menyemai semangat perpaduan di kalangan kanak-kanak tanpa mengira bangsa dan agama.

Aktiviti bermula pada pukul 9 pagi dan para peserta dikehendaki mencari sendiri jenis hiasan mengikut kehendak mereka di internet. Setelah itu, peserta diberikan masa untuk menyiapkan hiasan Krismas mereka. Para peserta menggunakan barang-barang yang telah disediakan oleh Staff Pusat Internet. Aktiviti berakhir pada pukul 12 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali