“Cut and Paste”

26 November 2018 | Aktiviti Terkini

Aktiviti “Cut and Paste” telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Botition pada 25 November 2018. Staff PI Botition telah menyediakan soalan di dalam Bahasa Inggeris dan para peserta dikehendaki menggunting kemudian menampal jawapan tersebut di template yang telah disediakan.

Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta khususnya kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun kepada Bahasa Inggeris. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi di kalangan kanak-kanak yang terlibat. Aktiviti bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali