“Kempen Keselamatan Kanak-Kanak di Sekolah Sahabat B.I.J.A.K”

19 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari Khamis yang lepas, beberapa orang Staff Pusat Internet Kluster Daerah Beluran telah menyertai Kempen Keselamatan Kanak-Kanak di Sekolah Sahabat B.I.J.A.K bertempat di SK Pekan Beluran anjuran Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. Bersesuaian dengan tema kempen iaitu “Safe and Protect”, tujuan kempen tersebut adalah untuk memupuk kesedaran keselamatan kanak-kanak khususnya murid sekolah rendah tidak kira di alam maya atau di dunia sebenar.

Ceramah mengenai Keselamatan Internet telah disampaikan oleh Puan Lydrianna Koh, Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Cawangan Sandakan. Pusat Internet Kluster Daerah Beluran juga telah membuka kaunter advokasi di kempen tersebut. Orang ramai yang berkunjung di kaunter Pusat Internet berpeluang menjawab kuiz tentang keselamatan internet serta diberi penerangan ringkas mengenai objektif dan tujuan penubuhan Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali