Pertandingan Mewarna Sempena Hari Malaysia
16 September 2017 | Aktiviti TerkiniPI Botition telah mengadakan Pertandingan Mewarna bertemakan Hari Malaysia pada hari Jumaat (15/09/2017). Penyertaan dibuka kepada komuniti yang berumur 12 tahun dan ke bawah. Objektif pertandingan ini adalah untuk menyemai semangat kenegaraan, menanam sikap sayang dan cinta akan negara serta memupuk dan menanam rasa tanggungjawab kepada negara.
Seramai 5 orang peserta telah mengambil bahagian dan penyertaan adalah percuma. Walaupun PI Botition mengalami masalah bekalan elektrik terputus pada hari tersebut, aktiviti tetap diteruskan bermula pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 4 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: